3 Tip Berjaya Berniaga dari Rumah

Memulakan perniagaan dari rumah merupakan pilihan yang agak popular hari ini. Bukan sahaja, memulakan perniagaan dari rumah dapat menjimatkan kos overhead berbanding dengan memiliki premis perniagaan sendiri, ia juga dapat menjimatkan masa dimana tidak perlu berulang-alik ke premis setiap hari dan ini menjimatkan masa. Masa yang dijimatkan pula dapat diluangkan bersama keluarga ataupun melakukan sesuatu yang diminati pada masa lapang.

Berikut adalah 3 tip dalam memulakan bisnes dari rumah:

1.Lakukan perniagaan yang diminati

Antara sebab memulakan perniagaan dari rumah adalah kerana ianya adalah lebih fleksibel dari segi masa yang anda perlu luangkan, serta jenis perniagaan yang dijalankan. Sebaiknya dalam memulakan apa pun jenis perniagaan, lakukan perniagaan yang mengikut minat anda. Tambahan lagi, berniaga dari rumah akan memerlukan fokus dan disiplin anda.

Dengan melakukan perniagaan yang diminati, kerja yang dilakukan tidak seperti satu “kerja”. Ia akan dirasakan seperti hobi. Pastinya amat memuaskan melakukan hobi sambil menjana pendapatan. Sekiranya anda suka membuat kuih raya, jadiakannya perniagaan dari rumah anda. Sekiranya anda suka pada fesyen, apa kata jual barangan fesyen sempena musim perayaan.

nakmula

2.Cari kelainan dalam perniagaan

Menjalankan perniagaan kini adalah agak kompetetif oleh kerana pesaingan yang agak tinggi. Apa sahaja perniagaan yang dilakukan, pastinya terdapat pesaingan dalam industry tersebut. Mungkin persaingan dari perniagaan dari rumah juga, ataupun perniagaan lebih besar. Tidak kira siapapun pesiang anda, cara bersaing terbaik adalah dengan mencari sedikit kelainan yang boleh anda berikan melalui perniagaan anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjalankan perniagaan menjual kuih muih ketika musim perayaan yang menjelang tiba, pastinya ramai juga usahawan kuih lain menjalankan perniagaan yang sama dan merupakan pesaing anda. Fikirkan cara bagaimana kuih anda, walaupun jenis yang sama, dapat dibezakan dengan kuih pesaing mungkin dari segi saiz yang berbeza, warna yang berbeza atau pembungkusan yang berbeza.

3.Pekhidmatan lebih personal

Kelebihan perniagaan kecil-kecilan dari rumah adalah perkhidmatan yang lebih peribadi dapat diberikan kepada pelanggan. Pelanggan akan terus menghubungi pemilik perniagaan dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih sempurna antara pemilik perniagaan dan pelanggan.

Sentuhan peribadi ini akan dapat meningkatkan lagi kepercayaan dan kredibiliti usahwan bersama para pelanggan. Seringkali, apabila hubungan antara usahawan dan pelanggan adalah lebih personal dan rapat, pelanggan akan sentiasa menjadikan perniagaan tersebut sebagai pilihan utama apabila memerlukan produk atau perkhidmatannya pada tahun-tahun akan datang.

Bagi usahawan pula, ianya adalah jualan yang berulang dan keuntungan yang berganda dalam jangka masa waktu yang panjang.

Di Internet, siapa cepat dia dapat.

Siapa yang telah mulakan blog pada 2005, pastinya kini blog mereka telah menakluki muka surat hadapan search engine seperti Google. Siapa yang telah menggunakan Google Adwords sejak tahun 2008 pastinya perniagaan dapat meraih keuntungan yang besar ketika kos Adwords adalah rendah. Siapa yang telah mula menggunakan Facebook ads sejak 2010, pastinya telah mendapat pelanggan yang ramai ketika tiada pesaing dan harga iklan tidak semahal kini.

Apakah trend pemasaran Internet seterusnya? Jangan hanya tunggu dan lihat, tetapi ambil tindakan sekarang sebelum pesaing anda melakukannya terlebih dahulu.

https://www.irfankhairi.com

Askm dan Selamat datang!

 

Salam perkenalan dari saya. Mungkin ada yang baru melawat blog saya ni dan baru kenal saya hari ni. Baiklah saya cerita sikitlah pasal diri saya. Nama saya Nik Azmi Nik Mat, asal dari Kota Kelantan tapi dah 22 jadi orang K-El..hehe. Lebih tepat lagi sebenarnya di Puchong,Selangor. Dah beristeri dengan 4 orang anak. Ok cukuplah tu sikit pasal saya.

Di samping kerja sepenuh masa saya juga suka buat bisnes online, biasalah duduk kat bandar ni kalau tak ada income tambahan memang tak cukup. Banyak jugalah bisnes online yang saya dah cuba. Ada yang berjaya ada yang gagal. Nama pun bisnes kan mustahil semua berjaya..betul tak.

Sekarang ni adalah 2-3 bisnes online saya yang masih bagi pasif income setiap bulan. Tak banyak tapi cukuplah buat tampung belanja saya untuk meneruskan bisnes-bisnes online saya.

Untuk buat bisnes online ni kita kena banyak buat iklan atau promosi, biasanya saya iklankan bisnes saya dalam Facebook. Untuk memudahkan kerja-kerja promosi saya banyak guna sistem – sistem autopost, sistem messenger autoreply,wasap autoreply, messenger bot dan juga email.  Dengan guna sistem-sistem ni saya boleh jimatkan masa dan lebih mudah untuk buat promosi. Ya lah kita buat part-time saja bukan boleh mengadap HP 24 jam kan.

Dalam blog ni saya akan kongsikan cara-cara saya guna sistem-sistem tu. Sistem-sistem tu ada yang saya punya ada juga yang saya langgan. Sebenarnya ada banyak sistem percuma kat luar sana tapi selalunya mereka hadkan fungsi yang kita boleh guna sebab tu saya lebih suka ada sistem saya sendiri walaupun kena keluar belanja lebih sikit.

Ok rasanya cukup sampai sini intro pasal saya. Dalam post seterusnya saya akan ceritakan setiap satu sistem yang saya untuk bantu bisnes online saya.

Terimakasih.